Sunday, November 15, 2009

Anugerah Kecemerlangan

Saya dapat anugerah kecemerlangan untuk sekolah kebangsaan dan agama. Sekolah kebangsaan dapat anugerah peningkatan,pelajar terbaik keseluruhan ( top 10 ) dan matapelajaran terbaik iaitu Bahasa Inggeris. Bagaimana dengan sekolah agama pula? Sekolah agama dapat anugerah cemerlang tahun 4 ( no. 1 ) ,hafazan no. 3 dan murid contoh. Murid contoh hanya ada dua orang je iaitu saya sendiri dan juga Muhammad Wafiuddin bin Abdul Harith. Budak ni memang terror gila. Boleh kalahkan saya. Dia dapat 5 hadiah sedangkan saya dapat 3 je. Dia dapat murid contoh,anugerah cemerlang tahun 3 ( no. 1 ),hafazan no.2, akhlak terbaik, dan tulisan jawi terbaik tahun 3 pelajar lelaki.Dia memang cukup pandai. Abang dia, Muhammad Ali Qusyairi, tahun 6 pun dia kalahkan dalam Math. Apa nak jadi la dengan budak ni. Kalau lawan dengan saya pun saya melalak je la.....

Gambar2 yang ada :


Hadiah anugerah.


Penyampai hadiah,Encik Othman bin Abdul Aziz.


Main kat luar kelas.


Main wrestling la pulak diaorang ni.....


Main geletek2


Apahal pulak jatuh ni?




















Saturday, October 17, 2009

Misi Blogheader Baru Diselesaikan

Akhirnya. Dapat jugak tukar blogheader. Dah boring dengan yang lama punya. Dapat pertolongan dari Umi. Rupa2nya,senang je cuma saya je yang tak tau macam mana nak buat.

Tapi,yang lain jangan salah anggap yang blog ni tentang Harry Potter. Ni blog sekadar cerita2 yang terjadi aje. Sampai di sini.

Bye!

Sunday, October 4, 2009

Hari Jadi Saya


Kek berperisa oren



Happy Birthday,Iqa!


Selamat Hari Jadi!
Selamat Hari Jadi!
Selamat Hari Jadi,Nazura!
Selamat Hari Jadi!

02.10.1999

Hari jadi tahun ni, separuh menggembirakan. Lagi separuh,tak berapa menggembirakan sebab tak datang sekolah. Bila tak datang sekolah, tak dapat la sambut ngan kengkawan.

Hari jadi saya kami ( saya dan Najid ) main game aje. Buat homework hari Sabtu. Best aje kitaorang.

Tak dapat hadiah pun,tak pe la. Yang penting kepada saya ialah orang menyambutnya bukan saja hadiah.

Selamat Hari Jadi kepada sesiapa yang menyambutnya di bulan Oktober.

Saturday, September 12, 2009

Hari Raya Yang Paling Menggembirakan Akan Datang

Syukur!Alhamdulillah!

Akhirnya, Abah maafkan Paksu! Selama ni Abah tak maafkan Paksu. Saya jarang jumpa Boboy,Kak Wany,Haikal dan Alya. Tapi, semenjak Abah dah maafkan,saya boleh la jumpa mereka.

Terima Kasih Banyak Banyak Banyak,Abah.

Monday, September 7, 2009

Apa nak buat???

Saya sekarang ni tak ada apa nak buat,tak ada apa nak tulis. Bosan ada lah. Nak buat apa tak tau,nak tulis apa pun tak tau.

Abah:

Kerja macam biasa.

Umi:

Penat jaga Najla yang sekarang sakit mulut.

Najid:

Puasa penuh buat masa sekarang, 6 hari je.Najid tu nakal. Tadi dia kat: " Umi! Najid termakan biskut Najla!".Entah la dia ni sengaja atau tidak. Ni dah kali kedua dia buat. Kali pertama dia buat dia senyap2 makan keropok Najla. Najid bila makan, asyik buat bunyi. Telan je bunyi,telan je bunyi. Annoying betul! Kalau orang panggil dia,kena panggil kuat,dan lebih tiga kali. bila orang marah sebab tak dengar mesti cakap: " Kakak ni asyik marah aje! ".Lantak la. Apa saya kisah. Saya yang lagi tua dari dia.Suka hati saya la.

Najla:

Tengah sakit mulut. makan tak boleh. Dia boleh minum je. Mulut dia sakit. Puncanya sebab, bila dia gosok gigi,berus gigi dia pakai untuk berus almari. Pastu dia gosok gigi dia mana la tak sakit.

Saya:

Tengah rasa nak menjerit satu dunia ni sebab si Najid tu! Dia asyik nyanyi lagu Ultraman,lukisUltraman,dengar lagu Ultraman kat Youtube. Mana tak rasa nak menjerit! Rasa nak pengsan je. Menyampah betul.

Itu je la apa yang saya dapat cerita. Dah tak ada idea. K la. Bye.

Friday, August 14, 2009

Keputusan Ujian Bulanan ( Ujian Bulan Julai )

Akhirnya,dapat juga keputusan! ( walaupun dah lama dapat. cuma lupa nak new post je

Keputusan ( mencapai ) : 4A1B
Jumlah markah : 439
Kedudukan dalam kelas : 2/37

Bahasa Melayu Pemahaman : 93%

Bahasa Melayu Penulisan : 92% ( highest mark 93% )

Bahasa Inggeris : 90% ( highest )

Matematik : 93% ( highest rasanya )

Sains : ? ( dah lupa la pulak )

Pendidikan Islam : 100% ( bukan highest sebab lebih seorang dapat )

Pendidikan Jawi : 88%

Saturday, August 8, 2009

Lawatan Ke Dewan Bandaraya Ipoh Pameran Foto Sambil Belajar

Hari ni hari yang tidak membosankan. Sepatutnya,hari ni ada kokurikulum kat sekolah. Tapi saya tak pergi sebab ada rombongan! Memang syok!Mula2,saya,Qistina dan Farhah pergi la tengok gambar2 Sultan Azlan Shah.Kami kena buat catatan tentang gambar2 tu.Memang membosankan.Tapi,kami dah bosan sangat kami pun pergi main kat atas pentas,main nyorok2 dan main larikan diri dari seseorang yang dipilih untuk mengejar kami.Tapi kami tak de la main bising2.Main senyap2 je.Waktu pergi,dalam bas semua senyap sebab pemandu tu pasang tv.Cerita apa entah.Tentang tentera jepun menyerang sebuah kampung dan tentera inggeris menyelamatkan mereka. Saya memang tak menghayati cerita tu.Tapi,waktu nak balik je,dalam bas tu punya la bising!Budak lelaki ambik dua kerusi untuk seorang diri.



Sultan Azlan Shah bersama Permaisuri Bainun